Call Me Maybe
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog. replace your own image :D


Bigfoots!

Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Your Name
Others: ? ? ?


definisi dadah




Apakah itu Dadah?





Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
“dadah yang disalahguna”.
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperoleh secara haram
  • Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen
  • Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Bahaya Dadah~



APA ITU DADAH?


Istilah ‘Drug’ dalam Bahasi Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan menurut Kamus Dewan.Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada ‘drug’,perkataan ‘use’,"misuse" atau ‘abuse’ perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug.Manakala dalam pengertian Bahasa Malaysia,dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan.Ini bermakna perkataan penyalahgunaan atau salahguna tidak boleh diikuti dengan perkataan dadah.Perkataan dadah sudahpun menunjukkan yang ia disalhgunakan.Dalam hal ini,perkataan penggunaan atau penagihan adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-msalah yang berkaitan dadah.


JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
                (a)Opiat             -Heroin,morfin,candu dan kodein
                (b)Kanabis         -Ganja,hashish
                (c)Depresan       -Sadatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta
                                              tranqualizer.
                (d)Stimulan            -Jenis amfetamin dan kokain
                (e)Halusinogen      -Lyseregic acid diethylamide(LSD) meskalin,psilosibin
        (f) Designer Drugs -Satu kumpulan analog kepada bahan kimia yang terbukti
                                     mempunyai kesan farmakologi
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut(gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.


APAKAH PERGANTUNGAN KEPADA DADAH?
1. Terdapat dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara
    kerap dan berterusan iaitu:-
    (a)Pergantungan secara Psiki/Psikologi
        Pergantungan secara psikik/psikologi merupakan satu keadaan di mana penagih
        mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi
        secara normal serta mencapai ketenangan jiwa
    (b)Pergantungan secara Fizikal
        Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan pengih memerlukan
        dadah untuk proses fsiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah dihentikan akan 
        menimbulkan gejala-gejala tarikan.Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu
        dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan
        semasa tidak menggunakan dadah dalam masa yang tertentu.Antara tanda-tanda
        pergantungan ialah sakit perut,muntah-muntah,menggeletar dan sebagainya.
2. Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah
    yang biasa diambil tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam
    mengatasi gejala tarikan .Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap
    kepuasan /kelegaan yang sama.Peningkatan daya tahan tidak semestinya berlaku
    kepada seseoran yang bergantung kepada dadah.
3. Seseorang bergantung kepada dadah apabila:-
   (a)Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian.
       Penggunaan dadah mengatasi lain-lain keperluan hidup seperti makan dan minum
   (b)Daya tahan meningkat
   (c)Mengalami gejala tarikan apabila tidak mengambil dadah
   (d)Merasa terdesak atau gian untuk mengguna dadah,lebi-lebih lagi apabila cuba
       mengurangkan atau berhenti menggunakan dadah dan tidak dapat mengawal
       jumlah dan kekerapan penggunaan
   (e)Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti mengguna
       dadah untuk beberapa waktu.
 
4. Faktor-faktor mempengaruhi kesan-kesan dadah
    Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikut individu dan bergantung kepada
    beberapa faktor seperti berikut:-
     (a)Jenis Dadah
Perbezaan dari kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu samada ia merosot (contohnya heroin) atau merangsangkannya(contohnya amfetamin dan kokain)
atau merosot dan merangsangkannya (contohnya ganja)
    (b)Jumlah Digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar,Contohnya,dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.
    (c)Cara Penggunaannya
Kesan dadah bergantung kepada cara(samada ditelan,suntik,hidu,hisap atau diguna bersama dadah lain),jangkamasa dan kekerapan mengguna.
     (d)Keadaan Individu
Kesan adalah bergantung kepada unur,jantina,berat badan,kesihatan,daya tahan, pengalaman penggunaan dadah,’mood’ dan aktiviti penagih.
      (e)Situasi Ketika Mengguna
Keadaan/tempat mengguna dadah dan samada ada atau tiada orang lain hadir bersama.

Punca penyalahgunaan dadah


Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja. Di antaranya ialah:
1.      Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa
Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.
2.      Pengaruh Rakan Sebaya
Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.
3.      Tekanan / Depressi
Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.
4.      Kurang Pendidikan Ugama
Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi,  dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang di anggap hina.
5.      Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik
Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua media ini juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah.